Friday, 3 September 2010
LoVe LeTtEr!!
Dalam minggu lalu aku ada terbaca artikel berkenaan posmen dalam akhbar NST. Penulis artikel tu mungkin dalam umur 50an sebab dia menceritakan pengalamannya di zaman surat dan posmen adalah dua benda popular ketika itu.
Walaupun aku tidak pernah merasa zaman tu, tapi sewaktu membaca artikel tu, aku dapat bayangkan betapa seronoknya melihat posmen datang membawakan surat. Aku juga dapat bayangkan betapa hampanya bila penulis tu katakan posmen yang datang tidak membawakan surat untuknya.
Kini posmen dan surat bukan lagi sesuatu yang popular. Ada orang yang mungkin dalam setahun tidak pernah melihat posmen menjalankan tugas. Ada juga orang, termasuklah aku yang tidak pernah menulis surat walaupun sekali dalam hidupnya kecuali surat rasmi.
Semua tahu yang menulis surat telah digantikan dengan SMS, chat, email dan telefon. Teknologi kini lebih mudah dan ringkas daripada menulis surat.
Apapun, bila aku fikir-fikirkan, teknologi kini tidak pernah dapat menandingi kehebatan surat. Surat ada seni dan surat lebih lengkap isi kandungannya yang mana perasaan yang kita berikan semasa menulis surat itu sampai lebih tepat kepada penerimanya.
Sayang sekali bila suatu benda yang hebat sudah semakin pupus ditelan zaman.
**********
Beberapa hari yang lalu, setelah bosan melayan DVD dan bermain Facebook, aku melakukan blogwalk setelah sekian lama tidak berbuat demikian. Dari satu blog ke satu blog lain aku melompat tetapi tidak meninggalkan jejak.
Akhirnya, aku singgah ke satu blog milik seorang gadis. Apabila aku baca entri gadis berkenaan, rupa-rupanya entri tersebut adalah dikhaskan untuk seseorang. Ia seumpama Love Letter yang bukan dalam bentuk surat ataupun boleh dikenali sebagai Love Letter moden.
Sedang aku membaca 'Love Letter' berkenaan, terdetik dalam hati aku, "Sweetnya... macam ni ler rasanya menerima surat daripada seseorang".
Walaupun 'Love Letter' itu bukan untuk aku tapi aku dapat rasakan apa yang cuba disampaikan oleh penulis berkenaan hinggakan aku terasa, "Kalaulah aku dapat Love Letter macam ni daripada seorang gadis..."
Kalaulah aku betul-betul menerima Love Letter macam tu dan gadis tersebut aku minati, rasanya habis ja membaca, aku mungkin akan melompat-lompat toing! toing! dengan penuh kegembiraan.
Aku rasa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu aku akan melompat toing! toing! tanpa henti.
Berjalan aku melompat toing! toing!
Duduk pun melompat toing! toing!
Sambil kerja tertoing! toing!
Makan dalam keadaan toing! toing!
Tidur toing! toing!
Pokoknya aku jadi toing! toing atau nama saintifiknya 'Angau Toing! Toing!' sebab bukan senang dapat Love Letter atau Love Letter Moden daripada seorang gadis. Apa lagi pada zaman kini. Harus dihargai.
Posted by pinkybutterfly at 23:28
Labels: love story
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment